SEMAK KELAYAKKAN

Apa yang perlu anda tahu sebelum membeli rumah,

“Secara ringkas, untuk layak, anda mestilah seorang rakyat Malaysia yang mempunyai pendapatan stabil dan rekod pembayaran hutang yang bersih di CCRIS/CTOS. Perkara yang paling kritikal ialah memastikan DSR anda (Nisbah Hutang vs Gaji) berada di bawah had yang ditetapkan oleh bank.”

SYARAT KHAS RUMAH SELANGORKU

  • MALAYSIAN

    Mesti warganegara malaysia, berumur 18 tahun ke atas

  • PEMILIKAN RUMAH

    Belum memiliki rumah di Selangor (kecuali rumah pusaka atau Rumah Selangorku Jenis A selepas 5 tahun).

  • HAD PENDAPATAN

    Pendapatan isi rumah (suami + isteri) tidak melebihi RM14,500

  • KEUTAMAAN

    Keutamaan kepada mereka yang tinggal atau bekerja di Selangor.

SYARAT KHAS RUMAH PPAM

  • MALAYSIAN

    Mesti warganegara malaysia, berumur 18 tahun ke atas

  • PEKERJAAN

    Terbuka hanya untuk penjawat awam (tetap atau kontrak).

  • HAD PENDAPATAN

    Pendapatan isi rumah rendah hingga sederhana. Tidak disenarai hitamkan oleh institusi kewangan.

  • KEUTAMAAN

    Keutamaan kepada pembeli rumah pertama.

SYARAT KHAS RUMAH RUMAWIP

  • MALAYSIAN

    Mesti warganegara malaysia, berumur 21 tahun ke atas

  • PEMILIKAN RUMAH

    Rumah pertama di Wilayah Persekutuan

  • HAD PENDAPATAN

    Bujang: maksimum RM10,000 sebulan. Berkahwin: maksimum RM15,000 sebulan.

  • KEUTAMAAN

    Lahir, menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan

SYARAT KELULUSAN PINJAMAN BANK /LPPSA

  • PENDAPATAN

    Mempunyai pendapatan yang tetap dan berkemampuan untuk membuat bayaran balik pinjaman

  • STATUS PERKHIDMATAN

    Untuk penjawat awam, mestilah berjawatan tetap dan telah disahkan perkhidmatan. Untuk kakitangan swasta telah disahkan jawatan dan perlu kemukakan dokumen sokongan. Untuk Perniagaan, mempunyai rekod yang baik

  • DSR

    Nisbah Hutang (Debt Servis Ratio) bulanan sedia ada di tambah ansuran rumah yang ingin di beli tidak melebihi 70% (bergantung kepada Bank).

  • CTOS/CCRIS

    Rekod bayaran balik pinjaman sedia ada baik, tidak di istiharkan Bankrap.

TAK PASTI, PENING MEMIKIRKAN

Sama ada anda layak memohon pinjaman rumah? 
Berapa bajet yang sesuai untuk bulanan anda?

Jangan risau! Saya akan bantu anda.

Apa yang perlu anda tahu sebelum memutuskan untuk memilih rumah yang sesuai dengan kemampuan anda ??

"Kat bawah ni saya sediakan kalkulator untuk anda kira"

PERLUKAN MAKLUMAT LANJUT

‘Saya sedia membantu anda, Klik Button di bawah’

© 2026Rumah to You

HUBUNGI

KALKULATOR BAYARAN & DSR

Kelulusan sebenar bergantung kepada pihak bank.
Ansuran bulanan = (Pinjaman × r) / (1 - (1+r)^-n), DSR = (Komitmen sedia ada + Ansuran) ÷ Pendapatan × 100%

KALKULATOR DSR - RUMAH TO YOU

Formula: DSR (%) = (Komitmen sedia ada + Ansuran baru) ÷ Pendapatan × 100